Assalamualaikum readers..
after i had the bad news about IPTA, i got the good news from IPTS. haha. LOL. actually. i never planned to go to IPTS. but if i had no choices, so i have to go lah. if and only if ok. semalam memang aku down la kot after dapat that kind of news. then that morning my mom called, she told me that i got two letter from IPTS. bukanlah letter tu sampai dekat my mom office, tapi before my parent off to work. they saw this letter. actually my dad. :) then they opened it. after that my dad said to my mom " keep it stay away from her. If she knew, she would be insisted on entering." haha. funny la dad. my dad said that because i got accounting. he always remind me that don't ever apply accounting because he don't want me to be like him. he know how difficult to arrange people account. but i love number, thats why i apply account.
ni offer letter from UNISEL. look at the date! huhh.. it's next monday! totally reject. hehe. cruel rite?
this is from UNITAR. i got two offer letter actually. but different campus.
this one is From UNITAR too. but Bachelor in Busissnes Admin (islamic banking). 1+3 years. coz i have to take the foundation first. this one is quite attract me because i can continue till degree. hmmm.. but IPTS lah.. have to wait for IPTA first..
this one, waktu aku saja2 tgok email. but offer letter belum sampai lagi kat depan pintu. haha. dia baru sent email. once again i got Accounting. but this one is Foundation. from UNITEN. like what i said before. aku kena tunggu UPU keluar dulu. IPTA first lah kan. kalau tak dapat, baru tengok IPTS ni.
sakit bertambah teruk. hari ni lagi teruk dari sebelumya. after dah telan ubat besar tu dua biji. ok sikit. then after couple of hours, sakit dia lagi terok. hope tak bust up. =.=
Thursday, April 14, 2011
Wednesday, April 13, 2011
Besarnya Dugaan.. :)
Assalamualaikum readers..
insyaallah.. adalah rezeki aku dekat mana-mana nanti. hari ni hari aku penuh dengan kejutan yang boleh dikatakan memang besar lah. aku memang tak expect benda akan jadi macam ni. apa yang aku boleh cakap, mungkin tak ada rezeki aku. insyaallah ada kat mana-mana nanti. :)
awal-awal lagi aku check benda ni. first memang terkejut sikit. yelahkan. siapa tak terkejut. tapi after ramai kawan2 aku check, majoriti tak dapat. aku lega la sikit. yelah, diorang ambil sikit je budak kot. *ayat sedapkan hati* tak ada rezeki aku nak jadi cikgu la kot. tapi ada terfikir jugak, kalau cikgu pon tak dapat, ni kan yang lain. hmm.. entah la.
ni pon agak menghampakan la. sebab aku target yang aku nak masuk bulan lima ni. nak rasa la PLKN. sebab third intake bulan 9! OMG. memang tak dapat la masuk kan. hmm..
cuma yang ni je. yang ni memang aku rasa hampa gila. Ya Allah. aku mohon asasi tesl kat sini. aku tahu uitm dah bukak ni pon dekat kawan aku. dia post dekat blog dia. aku mintak 3 asasi. 1 je kat uitm, ada temuduga pulak tu. bila nak check tadi, aku memang menggigil. macam nak ambil result gamaknya. but thanks to ghia, my bff. dia yang tenteramkan aku. after that aku gagahkan jugak check. tapi, apa nak buat. tak ada rezeki kan.
apa yang aku harapkan this year, semuanya tak dapat. tapi aku fikir balik. Allah hanya bagi dugaan pada orang yang mampu menanganinya. Insyaallah aku tabah. :)
ada la tu rezeki aku dekat mana2. Allah belum tunjukkan lagi. Insyaallah one day.

Monday, April 11, 2011
Kolam Dan Cawan ^^
Assalamualaikum readers..
"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
.........................................................................................................................................
sepertimana yang reders semua dah baca. berlapanglah dada. dalam erti kata lain. redha. :)
Saturday, April 9, 2011
Kasih Hingga Pengakhiran..
Assalamualaikum readers..
Dalam dua tiga hari ni, aku lebih banyak membaca. kalau dulu buku text, rujukan tu semua. tapi sekarang, aku view blog2, page2 yang berinformasi. kalau ada yang aku rasa bagus untuk di share kan, aku akan post kat blog aku. at least, nanti bila aku tengah down or bosan2 ke kan. dapat la aku review balik. ni lagi 1 cerita. subahanallah.. cerita ni sangat menyayat hati. sepengetahuan aku, cerita ni benar. wallahualam.

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..
Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..
Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........
"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...
Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..
Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..
Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..
Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....
moga kita dijauhi dari bersifat sedemikian mahupun diperlakukan sedemikian... insyaallah.. :)
moga kita dijauhi dari bersifat sedemikian mahupun diperlakukan sedemikian... insyaallah.. :)
Friday, April 8, 2011
Pemuda Yang Ikhlas Dgn Cinta
Assalamualaikum readers..
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?
credit to : iluvislam
Thursday, April 7, 2011
Knp prlu susah mcm ni?? T.T
Assalamualaikum..
sakitnya.. Ya Allah.. sakitnya.. Aku dah tak mampu jadi macam ni lagi. kenapa perlu aku terpandang mesej tu lagi?! Ya Allah.. aku tak kuat lagi. kenapa susah sangat aku memadamkannya. dah lama semua ni. dah banyak cara aku cuba.. kenapa masih ada lagi??!! aku dah penat menangis.. lebih setahun.. kenapa air mata ni tak pernah kering??

Tuesday, April 5, 2011
waiting.. =.=
Assalamualaikum readers...
i'm still waiting.. waiting for what? waiting for something that make me sick. thinking of it, also can make me sick. JPJ test. hmm.. i'm waiting for that test. baru tadi aq pass pra test. sumpah aku memang menggelabah gila. mana tak nya. aku sampai then dapat num 8. masa dekat litar tu, kena buat bukit. dengan innocent nyer aku ni pergi la buat bukit. bila dah sampai dekat line kuning tu kne la tarik handbrake. yelah, tak pasal-pasal nanti terundur pulak kereta tu. lagipun dah memang peraturannya macam tu. apa aku nak buatkan. lagipon, tak kan la nak tekan break kaki jer.
after that kena lah buat imbangan selepas dah dalam line kuning tu. aku ni punya la excited. mana taknya, biasanya try kali pertama memang aku tak berada dekat dalam line tu. tapi kali ni masuk. excited punya pasal sampai aku lupa turunkan handbrake. hambek kaw! aku punya la pelik kenapa kereta ni asyik terhenjut-henjut aje. sampai sudah, bila berhenti baru aku perasan handbrake tu tak turun. segan gila. nasib baik la QTI tu tak ada dekat sebelah. kalau tak. memang gagal time tu jugak. pelik pulak bila fikir. macam mne kreta tu boleh bergerak?
alhamdulillah. pass jugak dekat litar tu. then, dia suruh turun bawah untuk on road. kena tunggu turn la kan sebab aku no 8. tunggu punya tunggu, punya tunggu. jantung aku ni pulak, bukan reti nak stay macam biasa. orang tengah gabra, time tu jugak la dia nak degup degup. sampai la turn budak no 6. bila QTI tu panggil2. tak ada siapa menyahut. dah tu terus dia skip no 7. sama jugak. tak ada yn=ang mengaku. sudah nya, no 8 la yang kena. memang terkejut la aku kan. mula2 buat2 cool. bagi salam, then start gerak. jalan B. imbangan dekat jalan B tu alhamdulillah, berjalan lancar. and I pass!! alhamdulillah. syukur ye. JPJ 20hb. memang bercinte la nak tunggu. hurm.

Sunday, April 3, 2011
Confident.. :)
Assalamualaikum readers..
kakak-kakak aku selalu remind kan aku yang kita kena confident dengan diri kita sendiri. baru hidup kita akan lebih ceria. tapi, jangan lah confident tak tentu pasal. example like, "you all confident yang you all tetap akan masuk syurga walaupun you all tak solat sebab you all kan islam. so, mestilah masuk syurga at the end kan?" perspektif sebeginilah yang salah. kalau confident dengan stuff yang hanya untuk menyedapkan hati ataupun untuk menyelamatkan diri, itu dah salah. kita kena confident dengan benda yang betul dan kita rasa akan mendatangkan kebaikan pada kita.

ada juga orang yang terlampau confident, yang ini pun payah. bila semua benda kita confident, itu dah timbul sifat riak dan takbur. kan dah free-free dapat dosa. ok. macam ni lah, senang aku bagi jer definisi yang ayah aku memang terapkan dalam diri aku sejak aku kecil lagi.
fikir dulu baru bertindak. itu yang ayah aku selalu cakap.
- sebelum kita nak buat sesuatu untuk diri kita sendiri, kita kena fikir kesannya pada diri kita, ibu bapa dan yang paling penting pada iman kita. kalau kita rasa apa yang kita nak buat ni tak mendatangkan musibah pada diri kita, tidak mencemar maruah ibu bapa, dan tidak mencalarkan dan meruntuhkan keteguhan iman kita, just go on.tapi kalau ia sebaliknya. stop right there. don't do it anymore.
- sebelum kita nak buat atau cakap sesuatu pada orang lain, kita kena fikir, kalau orang buat kita macam tu, kita suka tak? adakah apa yang kita nak buat or buat itu akan mendatangkan kesan kepada hati orang tersebut. and fikir jugak, kalau benda yang sama kena kat kita. adakah kita suka atau pon tidak..
alhamdulillah. tahap confident aku sekarang ni dah naik sikit banding dengan waktu dulu-dulu.hope akan lagi bertambah naik.
Subscribe to:
Posts (Atom)