maaf. entry ini hanya untuk dia. hanya dia. yang lain sila tutup mata. :)
siapa kata aku marahkan dia?
siapa kata aku tak sayang dia?
siapa kata aku dah lupakan dia?
siapa kata aku tak pernah fikirkan dia?
siapa kata aku dah tak boleh terima dia?
siapa kata aku tak mahu jumpa dia?
siapa kata aku dan dia bergaduh?
siapa kata aku tak ingat orang yang aku paling syang ni?
aku tak pernah marahkan dia.
aku sayang sangat dekat dia.
aku tak pernah lupakan dia even sesaat.
aku memang selalu fikir apa yang dia buat bila aku tak ada.
dia sebati dengan aku.
kalau boleh hari-hari aku nak jumpa dia.
dunia ni terbalik kalau aku dengan dia gaduh.
aku sayang dia lah! xkan aku tak ingat orang yang aku sayang.
cuma, aku rindu dengan dia.
cuma, masa kami luangkan semakin kurang.
cuma, dia salah faham dengan status facebook aku.
cuma, aku selalu off handphone.
cuma, aku kekurangan kredid.
cuma, aku semakin buntu dengan kehidupan aku selepas ini.
cuma, aku menguji bolehkah aku berjalan tanpa dia.
cuma, aku berfikir aku dan dia semakin jauh.
cuma, aku jarang onlinekan diri.
cuma, aku kecil hati dengan dia.
cuma, aku iri hati dengan dia.
sayang, aku tak pernah marahkan kau. aku tau kau salah faham dengan status facebook aku yang dulu. kau fikirkan itu untuk kau. tapi sayang, itu sememangkan bukan untuk kau. sampai kau sanggup buat video tentang kita. lagu tu, ye sayang. aku tak pernah sesekali lupa lagu tu. walaupun kau tau yang aku bukannya dengar sangat lagu malay, sbb aku tak dengar radio. tapi lagu tu sungguh bermakna. lirik tu memang tentang feeling aku dekat kau. sampai ramai salah faham pasal kita. hehe. puas jugak kita kena fitnah tahun lepaskan. aku rindu masa kita. sumpah aku rindu. alhamdulillah, dah dua tahun kita bersama. banyak jugak benda yang kita kena. sumpah sayang, aku tak pernah anggap kau ni kawan aku mahupun bff aku. aku anggap kau sebahagian dari diri aku. kita samakan sayang? kita sama walaupun kita belum lagi menjadi kawan. :) kita start rapat waktu kau masuk hospital. hari-hari kita calling2 even though kita tak pernah rapat dalam kelas. aku pun tak tahu kenapa kepala kita masuk je. sejak tu kita sentiasa sama. ingat tak lagi waktu aku ada janji dengan aswad? dia datang sekolah, semua orang tak tau yang hari tu aku ada janji dengan dia. kau teman aku jugak walaupun mama dah tunggu kau dekat depan sebab that day kau ada hal that's why mama ambil kau awal. aku tau mama marah kau sebab kau lambat tapi kau tak bagi tau aku. balik je rumah, aku bagi tau semua dekat kau. happy kan kita.
ingat tak lagi bila aku down sebab "chong wei". kau hari-hari tenangkan aku. bila dia datang balik, aku suka sangat. kau layankan aje sebab aku suka sangat walaupun kau tau nanti aku akan terluka. aku tau kau nak cakap jangan terima dia balik sebab kau tau aku akan lebih teruk kecewa dari dulu, tapi kau tak sanggup nak rosakkan mood aku yang happy gila. pernah sekali phone sebelah aku call kau, phone lain dia call aku. kita gelak2 dengar apa dia cakap. sweet sangat dia kan, sebab tu aku susah nak lupakan dia. tapi kau sentiasa ada dengan aku bila aku down. kau layan aje mood aku yang sentiasa ada angin nie. kau faham aku macam mana. aku ingat lagi janji kita dekat bawah pokok, walaupun kita dah jauh, tapi kita akan hari2 webcam carita hari masing2. nanti dah kerja kita nak duduk rumah sesame. kita dua aja. aku rindu moment berangan kita. berangan bawah pokok kelapa sawit. belajar bawah pokok, beralaskan rumput hijau.
sayang, dengar ni.
kau tak pernah salah sayang. kau tak ada salah langsung. aku tau yang aku sepatutnya betulkan keadaan yang serabut nie. tapi aku bertindak sebaliknya. aku fikir bila semua nya masalah dah selesai baru aku nak terangkan keadaan sebenar. tapi aku dah buat tindakan yang salah. seolah2 aku membiarkan luka menjadi lebih parah dan kini bakal menjadi nanah dalam hati kita masing2. maafkan aku sayang sebab aku telah biarkan air yang jernih menjadi keruh dan membiarkan ia berlumpur. maaf sayang, sungguh aku tak ada niat. aku memang pakar menyakitkan hati orangkan? sayang, aku tak pernah buang kau dalam hidup aku. tak pernah dan aku tak pernah terfikir ataupun terlintas dalam kepala aku nak buang kau. memang dulu aku berkecil hati dengan kau sebab aku tau yang continue dekat mana dari orang lain, tapi benda tu tak pernah lekat dalam hati sebab aku tau ada sebab kenapa aku tak tau :) tipu dan bohonglah kalau aku kata aku tak pernah rindu+fikir kan kau sebab aku sentiasa rindu dan teringatkan kau. cuma aku tak tahu macam mana nak mula. aku tak tahu.
sayang, aku sentiasa doakan kejayaan kau. aku tau kau boleh. jangan sedih sayang. mesti ada tempat untuk kita di menara gading sana. insyaallah.