Friday, February 8, 2013

Kepimpinan.. Layakkah kita?

Assalamualaikum...

JANGAN MEMINTA JAWATAN SEBAGAI PEMIMPIN

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Di dalam hadis diatas disebut, Janganlah kamu meminta-minta sebarang jawatan pemimpin dan kepimpinan. Tegahan tersebut juga meliputi sesiapa yang bericta-cita atau berhasrat untuk meminta dan memohon apa jenis jawatan sebagai pemimpin. Kerana amir itu boleh membawa erti yang luas yang meliputi, Ketua, Sultan, Raja, Hakim, Kadi, Khalifah, Menteri dan sebagainya yang bertindak sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan masyarakat.


Di dalam hadis diatas juga ada menyebut jika seseorang itu memohon dan meminta jawatan dengan cita-citanya maka jawatan kepimpinan itu akan diserahkan dan diberikan dengan menanggung bebanan sepenuhnya. Ia juga membawa maksud jawatan kepimpinan yang diberikan atas dasar permintaan seseorang itu, ia akan diserahkan tanpa mendapat pertolongan dari Allah S.W.T dan masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau apa sahaja yang berkaitan dengan kepimpinan. Dia seorang yang akan bersendirian menanggung segala bebanannya.


Dalam hadis tersebut difahami bahawa Nabi s.a.w tidak menggalakkan atau Nabi s.a.w menegah memohon jawatan penguasa atau pemimpin itu kerana jawatan atau tanggungjawabnya yang besar dan semua itu akan dipersoalkan atau ditanya oleh Allah S.W.T. Sekiranya tidak dapat berlaku adil akan membawa kecelakaan pada hari kiamat nanti. 


Sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:“Kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Seorang suami sebagai pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Dan khadam atau pelayan itu bertanggungjawab terhadap harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seseorang anak bertanggungjawab terhadap penggunaan harta milik ibubapanya dan ia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya.”

Dalam hadis tersebut diatas, Nabi s.a.w menjelaskan bahawa kepimpinan itu tidak digalakkan diminta dan sesiapa yang meminta sebarang jawatan kepimpinan yang mana ia tidak berkemampuan adalah dibenci dalam Islam. Ini adalah kerana seseorang yang tidak berkemampuan akan menyebabkan tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak sempurna dan sudah tentu akan menyebabkan kecelakaan terhadap dirinya pada hari kiamat nanti. 


Hal ini dapat dijelaskan melalui hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Hurairah:“Sesungguhnya kamu akan berminat atau berhasrat (bercita-cita) terhadap jawatan kepimpinan dan ia nanti akan membawa penyesalan pada hari akhirat.”

Islam tidak menggalakkan umatnya meminta sebarang jawatan kepimpinan khususnya bagi sesiapa yang tidak dapat memastikan dirinya dapat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil dalam erti kata sebenarnya. Disebabkan untuk menunaikan keadilan perkara yang sukar, maka sebab itulah sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar tidak meminta jawatan tersebut malahan dalam kes mereka dilantik sekalipun mereka akan cuba memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain yang dirasakan orang lain lebih berhak dan lebih layak untuk berlaku adil berbanding dirinya.


Begitu juga Abu Bakar yang dilantik sebagai pemerintah masih dirasakan dirinya perlu dibantu dan tanggungjawab tersebut adalah berat sebagaimana ucapan beliau di hadapan kaum muslimin sewaktu perlantikannya sebagai khalifah:“Wahai kaum muslimin semua, kamu telah melantik aku sebagai pemimpin kamu sedangkan aku merasakan aku bukan orang yang terbaik di kalangan kamu. Begitu pula kiranya aku berlaku benar dan adil, bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng perbetulkanlah”


Jawatan kepimpinan merupakan tanggungjawab besar dan orang yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab tersebut akan menyebabkan bebanan kepada dirinya dan penderitaan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani:“Jawatan kepimpinan itu pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan pada akhirnya azab pada hari kiamat”


Daripada penjelasan tersebut diatas dapat mengukuhkan kita bahawa sesuatu jawatan kepimpinan itu merupakan tanggungjawab yang besar dan tidak seharusnya diberikan kepada sebarangan orang. Hal itu dapat dibuktikan dengan tindakan Nabi s.a.w tidak memberikan kepimpinan kepada orang yang memintanya atau orang yang berhasrat untuk memegang jawatan tersebut. Dalam konteks lain, Nabi s.a.w berbuat demikian supaya umatnya berhati-hati dengan jawatan yang besar itu kerana kebiasaannya manusia menilai sesuatu itu baik untuk dirinya tanpa mengkaji tanggungjawab yang besar yang akan dipikul olehnya. Untuk itu, orang yang mengetahui hakikat tersebut sahaja tidak berminat memegang jawatan kepimpinan.


Hadis tersebut diatas juga menarik perhatian seluruh manusia supaya tidak menjadikan jawatan kepimpinan itu sebagai satu jawatan untuk mencari pengaruh dan publisiti atau material atau untuk kepentingan peribadi.mudah-mudahan menjadi muhasabah untuk kita semua...


kepimpinan dipilih...bukan diminta...betul tu...namun,semua ada peranan...dan jangan pula salah faham,tidak boleh dalam satu organisasi semuanya zuhud...taknak menjadi pimpinan...organisasi,pertubuhan atau gerakan tetap memerlukan pemimpin...hatta ummat sendiri memerlukan orang yang layak untuk memimpin...Allah berfirman dalam an-nisa' 59 yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan amanah kepada Ahlinya...."


namun begitu,tak boleh juga dalam satu organisasi semuanya gila kuasa nak jadi pimpinan...sampai sanggup rasuh merasuh.apa-apapun,bila dah diputuskan oleh mesyuarat (syura) maka itulah yang sebaiknya.


Friday, January 4, 2013

Appreciate our Mom



“You can shed tears that she is gone or you can smile because she has lived.
You can close your eyes and pray that she'll come back,or you can open your eyes and see all she's left.

Your heart can be empty because you can't see her,or you can be full of the love you shared.
You can turn your back on tomorrow and live yesterday, or you can be happy for tomorrow because of yesterday.
You can remember her only that she is gone,or you can cherish her memory and let it live on.
You can cry and close your mind, be empty and turn your back.Or you can do what she'd want:smile, open your eyes, love and go on.”


Tuesday, December 4, 2012

Mamat Jiwang Dan Minah Brutal

Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah kita masih bernafas dibumi Allah yang nyata ini. kali ini aku ingin mencoretkan suatu kisah yang suatu ketika dahulu aku membacanya di satu laman sesawang dan telah aku 'tampal'nya di sini. Suatu kisah tentang zauj yang telah bertemu dengan zaujahnya. Alhamdulillah.. 



Isnin
(MULA2 BERKENALAN distesen ktm)

Mamat  : Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???
Minah   : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau   mak bapak aku 
              bagi..aku on je…
Mamat  : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...
Minah   : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat  : tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :cehmalas tol punye minah..xpe2..
             waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)


Selasa
(SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat              : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?
Pkcik & makcik :waalaikumussalam..alhamdulillah kami sihat..tapi..anak ni siape?
Mamat              : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin 
                         nak berkenalan dengan anak pakcik yg bernama NURUL IMAN..
Pak cik             : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg gentelman cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr 
                         nye kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin sblm nk berkenalan dgn anak                         
                         pkcik NURUL IMAN tu..
Mamat              : (dalam hati: waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik             : Sebelum2 ni xde siape yg berani dtg..katenye..si NURUL IMAN tu garang sangat orgnye..
                          sebenarnya x..si NURUL IMAN tu org ye lembut sgt,sopan, budi bahasa, rajin dan
                          agama ye pun baik..
Mamat              : sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati:
                          ceh..lembut ke??sopan ke?? Budi bahasa ke?? Xde gaya langsung.. xpe2..wait n c minah)
Pakcik              : pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat              : terima kasih pakcik makcik..


Rabu
(BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat   : awak parents awak da izinkan sy berkenalan dgn awk..
Minah    : so what????ade aku kisah…..
Mamat   : tersenyum dalam kebengangan (dalam hati:eh2..sabar hati..sabar…)
Minah    : wei aku nak jumpa mak bapak ko plak…ni fon aku, ko salin kan alamat ko..pastu save message..
Mamat   : awk nak wat pe jumpa ibu ayah sy…??(sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah    : yg ko sibuk kenape?? ?macam mak nenek..banyak tanye..sok ko jgn ade kat umah dr jam 11 a.m
               sampai jam 12p.m , ko merayap la kemane2 pun...lau ade gak kt uma aku bakar ko hidup2
               depan mak bapak ko ..paham????
Mamat   : ok2 ….awk,sy nakno.tepon awk…mane lah tau lau rindu2 t boleh calling2..
Minah    : ooiiitt…geli aku..rindu2 ingat aku ni bini ko ke…nak termuntah aku dengar.. ko cal lje 999
                mintak no. tepon aku ktdorang..kompem dapat..dapat pelempang..               hahahahaha..
Mamat   : senyum jela (dalamhati : eieieieieieieieieeieiieieie…geram ye aku..xpe2..              sabarhati..sabar)


Khamis
( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu      : MOHD AIMAN..sampai hati senyap2 ye…xnk kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : apa ibu cakap ni..aiman xpaham la… (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye
             telah terjadi)
Ayah   : MOHD AIMAN..jangan nak main nyorok2 lah kami da tau..tadi jam 11 GIRLFRIEND kamu datang..
           ayah bekenan lah lau dia jadi menantu ayah..
Ibu      : ibu pun setuju..cantik,sopan,budi bahasa, pandai masak,pandai amik hati orang tua..seronok
            ibu lau dapat menantu yg boleh jd kawan ibu…kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu
             depan cane MOHD AIMAN..kamu setuju..?
Mamat : kalau ayah dgn ibu setuju dan suka..terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu…
             (dalam kebingungan :sejak bile plak aku de GF ni,. GIRLFRIEND yg d ckp oleh ayah dan ibu
             adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr…gila la aku da la xkenal sape minahtu..
            brutal plak tu tetibe je ibu ayah nk wat menantu..xpe..jalan je…ade sesuatu kt NURUL IMAN
             tu sampai ibu ngan ayah pun suka..hihihi)




Jumaat
(HALAL & HARAM)
Mamat  : awk..minggu depan ibu ayah sy nak masuk meminang awk..xpe ke awk??
Minah   : ko setuju ke mak bapakko minang aku???
Mamat  : setuju
Minah   : da ko setuju wat pe tanye aku lagi..ape la... cume aku nak lau kite b’tunang aku cume nak
               barg hantaran telekung,sejadah dan al-quran yg ko khatam kn je..duit hantaran ikut suke
               ko nak bg berape..aku xkisah..10 sen pun aku terima..pastu 2 minggu je bertunang
               dan pastu kawin.. da kite tutup kes ni..
Mamat   : amboi dasyat tol awk ni….awk ni garang la tp sweettt..( sambil tangan mamat nak pegang
             tangan minah)
Minah    : oooiiittttttttt setan…kuar la ko dari badan mamat ni…ko tau x HARAM sentuh orang yg
              bukan mahram…selagi ko xlafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA”selagi tu ko HARAM nak sentuh aku..
             ko ade wudu’ x???Mamat  : xde…nak wat pe…?Minah   : ko g amik sekarang..cepat la….
Mamat  : merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni
               cube la cakap sopan sikit ngn aku..garang cam singe..singe pun xcam dia.)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBILWUDU’
Mamat  : awk, sy da amik wudu’..awk nak sy wat pe???
Minah   : diam la..banyak bunyi lako ni…nah amik ni AL-QURAN..ni HALAL tok ko pegang 24 jampun,cium,
              pelok pun boleh…pahale bergande 1000x lau ko bace…ha…aku nak ko hafaz juzu’30..
             minggu depan kita tunangaku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu…


Jumaat
(SEMINGGU SELEPASBERTUNANG)

Mamat   : awk ape kate kite tukar panggilan..sy panggil awk SAYANG dan awk panggil sy ABANG..
Minah    : ooiiiittt..geli aku nak panggil ko abang..ABANG tu hanya SUAMI aku je..ko tu bukan suami
              aku lagi..baru tunang nak gempak2..bla la wei…ha daripada ko dok ngarot yg bukan2,..
              ko da hafaz pun lom juzu’ 30..????
Mamat   :..emmmmmmm…da..da…nape???
Minah    : ha..ha cube bace kt aku ape yg ko hafaz..
Mamat   : (dengan mulai dgn surahal-fatihah dan seterus nye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai
               habis…)
Minah    : Alhamdulillah…pas ni ko bace plak makne2 surah dalam juzu’ amma tu..minggu depan aku
               nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat   : da macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite plak (ckp dlm nada slow)
Minah    : ooiitt ko kutuk aku ek…xpe2..
Mamat   : mane ade…awk memang cantik comel..
Minah    : da..da..jgn nk ckp lg aku tau da aku memang cantik comel.. sbb tu ko soh mak bpk ko
                minang aku kn..
Mamat   : tersenyum (dalam hati:ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)




Jumaat
(2 MINNGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat   : awk..awk..awk xrase ke apa yg sy rase..sy rase cam ade sesuatu yg indah antara kite berdua la..
               setiap kali ingat awk mesti terase yg awk dekat sgt dlm hati sy..
Minah    : ooiitt yg ko nak berjiwang karat sangat ni nape?? Bengkak telinge aku dengar..ko ingat ko
               berjiwang2 ni aku cair ngn ko..jgn harap la weii..da2 sekarang ko cerita kn kt aku kisah2
               dlm juzu’ amma tu..
Mamat   : (dalam hati : dy ni memang xde perasaan langsung..baru nak jiwang2 da xboleh..xpe..
              sabar hati..sabar..)
Minah    : ooiitt berangan plak…aku soh cerite bukan berangan..cepatla cite aku nak dengar..
Mamat   : sabar la…ngah susun ayat ni…(Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
              dy memulakan kisah dari 1 surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu ammatu)
Minah    : Alhamdulillah.. minggu depan kita nikah…aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill…
              Allah tu Maha Melihat..lau ko xwat..ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya
               mesti ko tersangkot2…
Mamat   : xnk la la sy..malu la tersangkut2..ok2.insyallah sy wat…
Minah    : tau plak malu..ok..ag 1..hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis..xkisah
              la waktu tu ko sedih ke.kecewa ke..yg aku nak tengok ko senyum je..paham???
Mamat   : faham..awk..sy teringin nak tengok awk senyum..senyumla awk..mesti manis..slalu
                tengok muke garang awk je…senyum la skit wak..
Minah    : ade..ade aku kisah..xboleh..lau nak tengok sgt aku senyum..tunggu hari kite nikah t..
               mesti ko xboleh tidur pas tengok senyuman aku yg menggoda sgt ni tau…hahahahahahahaha..
Mamat    : emmmmmm..yelaaaaa….


Jumaat
(HARI PERNIKAHAN)

Mamat    : dengan sekali lafaz..“AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN
                 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : sah..sah..sah..
Minah     : Alhamdulillah (terus dy sujud syukur tanpa menghiraukan org sekelilng dy)(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah     : terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang.Bimbinglah
                AYANG menjadi isteri yg solehah..(sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan
                suci suaminya)
Mamat    : subhanallah..terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup
               dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)
Mamat    : sayang , abang xsangka plak rase ye belum sebulan kite kenal ..tetibe je da kawin..
               ajaib betul..
Minah     : tu nama ye jodoh..kekuasaan Allah bang..kite hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan
                segalenye..
Mamat    : Sayang boleh abang tanye sesuatu…?
Minah     : Tanya la abang,.(dengan nada suare yg manje)
Mamat    : nape sayang dulu garang sangat ngan abang..?tapi bile ngan orang tua abang n orang tua
                sayang ckp sopan….?
Minah     : maafkan sayang abang..ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang..ayang wat semua
                tu sebab nk uji sama ada abang sabar x dengan kerenah ayang..ayang nak abang terima ayang
              dengan seadanya..sebab sayang xnk kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang
               da sentuh ayang sebelum kawin..ni sekarang kite da kawin..ayang milik abang..abang
               boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi..hihihi..abang nape abang kawin dengan
              ayang…??
Mamat    : subhanallah…terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini..abang
                 pilih sayang kerana Allah…lepas abang wat qiamullai yg sayang suruh wat sehari sebelum nikah
                baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yg tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan
                 cinta.. I LOVE USAYANG..waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang
                suruh abang menghafal juzu amma dan membace terjemahan ye..semuanya indah sayang..
               terima kasih sayang…sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yg lain…
Minah     : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yg soleh(sambil tangan ye menadah doa).
               Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM20 ribu dengan kerete ALPAHRD
                sebijik.. kan ayang da cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat    : sayang..anggap la tu hadiah daripada abang..berape sgt la nilai ye jika nak dibandingkan
                 dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang..I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.. ,
Minah      : I LOVE U TOOO ABANG…UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS…AMINNNNNNN….



Begitulah kisah mereka. Kisah aku pula bagaimana? InsyaAllah. Doakan kami supaya bertemu dan mengikuti sunnah Baginda. InsyaAllah suatu hari nanti. :) Amin..

Monday, December 3, 2012

It's been a year!

Assalamualaikum w.b.t

Allahuakbar. Rindunya nak berblogging. Pejam celik, pejam celik dah setahun aku tinggalkan dunia blogging ni. Suatu masa dulu aku seorang blogger yang selalu post apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan aku, yelah sebab tengah cuti SPM kan.*tiputiputipu Bila dah masuk belajar, seminggu sekali pasti akan keluar post baru sehinggalah aku buat blog baru, iaitu blog 'yukioranda' ni. Sebabnya aku buat blog baru? malaslah nak cerita. nanti godek sendiri ok. Aku rasa memang cukup setahun setelah aku tinggalkan blog ini. Sejak akhir 2011, kini sudah menginjak ke tahun 2012 dan tinggal beberapa hari lagi akan melangkah ke tahun baru 2013.



Setahun dah berlalu. Kini aku bukanlah aku yang dulu. Perubahan yang aku ada sekarang ni semuanya berkat pengajaran dari kesilapan aku ketika berada di semester 2. Mengajar aku untuk lebih dewasa dalam segala hal. Mengajar aku bahwa hidup ini bukanlah semudah yang aku sangkakan. Sedangkan ianya sungguh mencabar dan penuh dengan onak duri yang boleh mencakar diri pada bila-bila masa sahaja. 

Alhamdulillah, Allah s.w.t memberi peluang untuk aku mengenal siapa sebenarnya lawan, dan siapa sebenarnya yang bergelar kawan. Memilih dalam berkawan? Ya, kini aku lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Tetapi itu bukanlah bermaksud aku akan menghindari semua orang. InsyaAllah tidak. Aku akan berkawan dengan sesiapa pun. Untuk rapat, mungkin ianya akan mengambil masa. Bukan kehendak diri, tetapi mungkin kerana fobia. Fobia mudah mempercayai orang dan mudah percaya dengan kata-kata orang.Maaf, kekhilafan lalu membuatkan aku begini. 

Dah banyak sangat menulis ni, Al Maklum lah. Dah lama tak menuliskan. :) InsyaAllah selepas ini aku akan lebih banyak menulis disini untuk mengurangkan segala keresahan dihati. At least, kurang sikit. Mungkin kerana tiada siapa yang membaca membuatan aku lebih selesa mencoret di sini. 


:) #PrayForGaza

Thursday, December 8, 2011

Semester Break


hari ini merupakan hari yang ke-25 aku bercuti semester. so far masih bosan. hari-hari asyik buat perkara yang sama. perancangan bercuti tu dah ada, tapi masa nya belum tiba memandangkan abang aku masih lagi dalam mood Final. hehe. sebab tu la ktorang punya family trip untuk tahun nie lambat sikit, yelah cuti sem tak sama kan. #tuh la ain, mak suruh masuk gmi xnak kan.! 


bukan tak nak masuk GMI, but then aku ni tak minat engineering la. dari dulu lagi abang aku dok sibuk suruh aku duduk 1 U nan dia. tak pe la, Alhamdulillah aku duduk KPTM nie pon ok sangat. walaupun masih lagi dalam mood tercari-cari kebenaran dan arah menuju kejayaan dengan rakan yang berbudi pekerti yang entah bila nak sampai tu kan. biarlah masa yang menentukan. aku malas nak fikir lagi pasal benda ni. bak kata orang, barang lepas buat apa dikenang. wah. ayat aku agak skema kan kat entry nie. dah biaq pi. malas nak type balik.


ok, sepanjang cuti sem yang masih berbaki beberapa minggu je nie, aku nak membuangkannye dengan tgok cerita korea,. hoyehhh. #hai ain, cuti sem dah nak habis, baru sekarang kau heboh nak tengok cerita korea?


City Hunter
#half way. haha. aku dok tengok cerita ni sebelum aku  masuk study dulu. tak habih2 laie.LOL
Fugitive Plan B
#aku bukan tengok crite nie sbb Rain ok =.=

Flower Boy Ramyun Shop
#orang kater crite ni best. org kater, bkn aku yg kater
most of cerita yang aku tengok sekarang nie semuanya tentang bad boys. =.= 
don't know why, tpi aku suka tengok. even though dorang ni sharp shooter, tpi hati dorang baik. who know's right?

Sunday, December 4, 2011

Pergilah Duka

assalamualaikum. tak jawab dosa, kalau jawab sayang. 
aku terlebih rajin. aku macam nak bagi semangat pulak pada sesiapa yang tengah sedih pasal kena tinggal dengan bf/gf or sedih kena ditimpa apa2 musibah or kecewa ngan lecturer ke. sebab aku selalu la sedih. tapi alhamdulillah aku oke la jugak. bahagia mungkin dirasakan mudah untuk dicapai. actually, ada a few kawan-kawan aku yang masih bersedih dengan manusia lain. as friend, aku tak nak lah tengok kawan-kawan aku bersedih. aku bukan seorang penasihat yang baik, tapi at least aku nak kawan-kawan aku tu cepat tersedar dari kesedihan mereka.



tapi kena lah ingat ada banyak hal yang harus dilalui sebelum korang semua mencapai kebahagiaan. perlu lah berani mengambil risiko. so that happiness akan muncul dalam hidup. tapi ada jugak orang fikir ambil risiko ni menakutkan sebab tak ada jaminan untuk kita dapat apa yang kita harapkan. tapi bagi aku, biarlah kita kecewa hari ini dari nak kecewa bebulan2. paling tak, usaha yang kita buat ni boleh bawak kebaikan untuk hari mendatang. so, apa kata menjelang tahun baru ni korang berubah n berani tok berhadapan dengan apa2 risiko yang datang. siapa tahu kan.kita akan jadi lebih baik oleh kerana usaha kita yang murni ni n segala apa yang kita harapkan akan menjadi realiti. wahhh..



1. Buang Segala Yang Tidak Bermakna
kalau kita berhadapan dengan masalah kerja or masalah cinta, jangan lah takut untuk ambil satu langkah baru. apa yang boleh kita buat ialah tinggalkan segala benda yang membawa masalah. contohya, kalau ex kita tu bagi something yang bagi kita banyak kenangan. kalau benda tu masih ada dalam bilik pun tak guna jugak. yelah, dah asik teringat dia je. lepas tu nangis. so, lebih baik kita pulang balik kat yang berkenaan or buang saje kalau tak mampu nak jumpa 'yang berkenaan' tuh. biarpun pahit n susah untuk korang buang , tapi percayalah pada diri sendiri. coz, korang deserve someone that more better dari orang yang tak tahu menghargai korang. let it go.. 



2. Bebaskan Dirimu.. ;)
sekiranya korang baru putus cinta,  maka terbang kamu wahai insan yang sedang berduka. bebaskan dirimu dari dibelenggu kesedihan. bukalah pintu hatimu seluas-luasnya untuk bersedia menerima cinta yang lain. wahhh.. bersedih itu biasa tapi jangan lah sampai nak menyeksa diri. kalau kita menyeksa diri banyak mana pon dia tetap dengan life dia. happy without us. so, tak guna kita bersedih lama2. life must go on! apa yang korang dapat kalau selalu bersedih? hanya air mata, life yang teruk, kerja semua tak jadi. jangan la jadi lemah. dulu aku pown macam tu. tapi, kita harus cepat sedar. wake up.



3. Be Yourself..
selama ni korang banyak la ikut n fikir apa yang orang lain akan fikir, apa orang lain nak korang pakai. but kali ni, korang pakai apa yang korang mahu n jadi apa sahaja yang korang nak. kalau rasa tshirt, sandle n jeans tu selesa. just go on. pedulikan apa orang nak kata. janji kita selesa. sama juga dengan gaya rambut or tudung. sapa yang free hair tuh, ubah la style rambut. being new person. yg bertudung macam aku nie, ubah la style tudung. shawl kan banyak style. tapi biarlah yang betul2 mnutup aurat ye. pasal aurat pulak nnti lah aku buat post lain.hehe. yelah apa xnya. kadang2 kita lupa pasal diri sendiri. sentiasa sibuk dengan tugas. boleh jugak ambil cuti bagi yang bekerja, kalau yang still study, weekend uh jauh an diri dari tgok tv, dengar radio or apa2 saje. pergi lah spa or pantai. relax kan diri. biarkan hidup jadi lebih simple dalam sesaat dan segera temukan 'the real you'!!



  4. Kekurangan Itu Biasa ^^
adakalanya kita rasa marah n benci kat seseorang tu sebab sikap dowang yang tak beberapa menyenangkan. tapi anggap lah itu sume satu kekurangan manusia. kita pun sama. ada kekurangan. kita perlu akur dan terima. jangan rosakkan kebahagiaan yang kita nak bina ni hanya kerana kehadiran dia dalam hidup. sama ada dalam realiti ataupun khayalan. biarpun korang tertekan kerana berhadapan dengan manusia macam dia, tapi kenalah berfikiran positif yang tekanan tu lama-lama akan hilang dengan sendirinya. dan kita juga perlu lah memaafkan dia yang menunjukkan kekurangan dia tu. benda yang lepas jangan lah dikenang. saatnya untuk melepaskan semua tu walaupun semuanya sulit sangat. jangan bergelut dengan perasaan tu, lepaskan sahaja apa adanya. katakan pada diri sendiri semua sudah berakhir saatnya untuk maju selangkah.. ^^ oke...

5. Ungkap Isi Hati.. :P
jangan biarkan diri korang terperangkap rasa bersalah dengan tidak menyatakan apa yang terbuku dalam hati. buat diri korang lebih bahagia dengan mengungkapkan segala hal yang ada dalam hati. kalau memang rindu pada dia uh, cakap je. bila rasa bersalah sampaikan maaf yang mendalam. apa pun yang korang rasakan katakan!!! jangan cuba untuk menunda bahkan melewatkannya sampai korang menyesal nanti.. kalau rasa tak puas hati dengan dia. cakap je. lepaskan saja. percayalah korang akan rasa better after that. trust me. haha. btol nie dear..

oke...  slamat mencuba. hehe. hope korang sume akan dapat life yang lebih baikk...
wake up... ingat lah... rmai lagi yang menyayangi kita..

Thursday, November 24, 2011

Alhamdulillah..

haiyshhh..
hehe. sebenarnya dari semalam lagi aku dah dengar berita yang ura-uranya result tok sem nie dah keluar. yup! RESULT! erghh. Bila confirm yang memang dah keluar and some of people yang dah check result tu. Aku dengan beraninya text all my friends yang dah boleh check result dekat CMS Bangi. and jantung aku berdegup kuat bila dia call and suruh aku check. kalau aku xnak check dia xnak bg tau result dia. 
sangat menyebalkan. HAHA. 






sebenarnya, aku takut yang result aku xkan capai target ayah aku. sebab aku dah banyak buat parents aku kecewa dengan result aku yang dulu. harapan dengan bila aku masok belajar ni, aku dapat tebus balik apa yang aku hilang dulu. iaitu kegembiraan orang tua bila dapat tau yang anak mereka berjaya dalam peperiksan. #ayatnakskemaje
aku rasa aku xbuat yang terbaik pon sem nie. lagi pon banyak masalah yang timbul bila nak final. banyak benda yang menyebabkan aku hilang focus. dan ada jugak yg mmberi aku semangat ^.^. hehe.
tapi alhamdulillah. result aku tak lah seteruk mana. dan yang penting ayah aku happy dengan result tu. walaupun tak capai target aku.






#sayabanggajadianakmalaysia

Saturday, November 19, 2011

The Perfect Recipe To Be Beautiful

I’m sorry. 

I’m sorry I don’t have the most perfect skin.
I’m sorry I don’t look like a Victoria Secrets model
I’m sorry I don’t have the best style.
I’m sorry I’m not tall.
I’m sorry I’m not perfectly skinny- 5’7 nor 100 pounds.
I’m sorry I have stretch marks here and there. 
I’m sorry I have bad hijab days. 
I’m sorry that I’m plain.
I’m sorry my eyebrows aren’t thin and perfectly trimmed.
I’m sorry my face isn’t caked in make-up.
I’m sorry that I can never meet society’s standards.

But you know what? 

I don’t need to care about society’s criteria. 
I don’t need people to tell me I’m beautiful.
I don’t need compliments to make me feel better. 
I don’t need a superficial love that can’t withstand a stretch mark here or chub there.
I don’t need to keep sinking into a never ending pit of low self-esteem.

Because I looked to Allah, and He told me the perfect recipe to be Beautiful.
Not just temporarily, but forever. 

“And the servants of the Most Merciful are those who walk upon the earth easily, and when the ignorant address them [harshly], they say [words of] peace,…” [25:63]

“And [they are] those who, when they spend, do so not excessively or sparingly but are ever, between that, [justly] moderate.” [25:67]

“And he who repents and does righteousness does indeed turn to Allah with [accepted] repentance. And [they are] those who do not testify to falsehood, and when they pass near ill speech, they pass by with dignity. And those who, when reminded of the verses of their Lord, do not fall upon them deaf and blind. And those who say, “Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous.” Those will be awarded the Chamber for what they patiently endured, and they will be received therein with greetings and [words of] peace.” [25:71-75]

Ya Allah, when the world criticizes me a million times over
Ya Allah, when the world keeps telling me hurtful things
Ya Allah, when the world keeps pushing “ugly” at me.
Give me the courage to hold firm to your Deen. 
Ya Allah, as long as I am beautiful to you, nothing else matters. 

Ya Allah, even when everyone leaves my side, let me take comfort in the fact that
You are closer to me than my jugular vein [50:16]


Friday, November 11, 2011

Jodoh hidup menanti kebahagiaan

10 PETANDA DIA JODOH KITA...

Firman ALLAH SWT yg bermaksud, "Jika kamu menolong (agama) ALLAH,  nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..