everything will go wrong if other thing were keep buzzing around your head. can't keep the buzzing away from me. don't know why but my heart keep telling me that i were someone else these days. my mind are not in place. it is flying without direction. sleep disturbed by the delirium that do not know where it came from.
aku masih disini. terduduk menanti bulan yang tiada kemungkinan akan bersandar diriba. mungkin hanya difantasiku yang berlegar tanpa ada hadnya. huhh.
aku masih disini. masih tidak mengenal manikam tanpa bantuan si jauhari. tercari-cari siapakah jauhari yang dapat mengajar aku tentang ukiran permata bernilai.
aku masih disini. melihat cahaya terang yang indah dari celahan robekan hati. tercalar dek akibat kerakusan mengejar sesuatu yang pasti tidak akan dimiliki.
aku masih disini. meninjau ke dasar hati yang telah lama dibiarkan sepi tanpa dibaiki. dasar hati yang telah dicemari dengan titik-titik kecewa.
berpuitis bersajak. dah lama aku tinggalkan zaman puitis ku. aku masih rindukan cerpen, pantun, sajak dan nota-nota irama nada hati. huhh. kini hatiku tercarik kembali. hanya kerana memikirkan tentang manusia yang bijak memanipulasikan keadaan. hanya datang apabila khidmatnya diperlukan. pernah merasa perasaan sepertiku? tentu sekali tidak. diri ibarat sehelai beg plastik yang hanya berkhidmat apabila banyak keperluan perlu diisi. aku lelah. lelah menanti dan mengalah. selama ini, aku sering memikirkan orang lain. kini aku sudah tidak mampu melakukan itu semua. kerana ianya menyakitkan.
teman, percayalah. rakan mu ini sentiasa ada untuk mu. aku menanti dan masih menanti. walau aku tahu aku hanya barang permainan kalian. temanmu ini sudah penat menghulur bantal bagi yang mengantuk. temanmu ini sudah lelah. maafkan aku. aku bukan teman yang sempurna. bukan aku mengelak. tidak sama sekali. tetapi cuma aku telah puas menangis. aku perlu masa membaiki hati yang selama ini telah dibuang jauh dari fikiran. hati yang selama ini telah lama ku abaikan. maaf. setelah hatiku ini pulih, aku akan kembali. kembali menawar khidmatku sebagai teman setia.
hampir setahun perkara itu berlaku. tetapi saya masih teringatkan awak. alhamdulillah. itu hanya ingatan kenangan kita. melihat awak setalah hampir 4 bulan menghilang, menjadikan saya hampir-hampir hilang dalam kegelapan. jangan risau awak. alhamdulillah, tiada lagi nama awak dihati ini. ADT, saya pernah sayangkan awak. tapi, itu semua dulu. insyaallah saya mampu mengatasi semua ini. sayakan kuat. :)
No comments:
Post a Comment