Thursday, May 19, 2011

Terima Kasih ^^

Assalamualaikum readers..


Note : Entry ni memang terdapat ayat2 yang kurang sedap didengar malah diperdengarkan. maafkan penulis kerana hatinya betul2 panas seperti air garam yang menggelegak melebihi 100 darjah celcius. memang sudah tersimpang dari ajaran mak ayah. tapi hati tengah panaskan. maaf lah.






minggu nie memang minggu mencabar. banyak benda yang mencabar kesabaran aku dalam menjalani hidup sebagai orang baru didunia aku sendiri. aku berubah demi hidup dan keselesaan aku. perubahan aku ini banyak menguji aku sebagai insan yang perlu ada sifat sabar dan memaafkan orang disekeliling. mula-mula memang aku kekok. tapi bila aku fikirkan balik, kenapa aku nak rasa malu bila aku nak berubah ke arah yang lebih baik. bukannya itu sesuatu kesalahan. melihat senyuman dari orang yang dulunya aku takut kerana sifatnya, membuatkan aku rasa tenang. tenang kerana dia juga menyukai perubahan ini. alhamdulillah. peduli apa orang nak kata. mulut orang, sampai bila kita nak tutup? 


banyak fitnah yang dilemparkan dekat aku. Ya Allah. sungguh aku tidak kuat. jika aen yang dulu, YA. aku akan rebah dan tersungkur. perkataan dari manusia seagama yang bernama perempuan ni. Alhamdulillah, perubahan ini membuatkan aku kuat. Thanks ALLAH S.W.T. aku perlu biasakan diri dengan semua ni. insyaallah.. 






pada hamba Allah yang sempat mengumpat dan melempar fitnah pada aku tu, tak mengapa.. memang tadi aku panas dengan segala statement korang baik  lelaki atau perempuan. aku hanya pandang dengan senyuman sekarang. katalah apa yang korang nak kata kerana aku tahu kesahihannya, palsu semata-mata. nak kutuk? sila lah, aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kesilapan. maaf aku masih mencuba memperbaiki diri.  ya, aku tahu memang dari mulut kau. tetapi sayang, kata-kata itu bukannya kau lontarkan ke aku. cuma pada orang lain yang kaitannya ada pada aku dan juga perkara yang dulu kau rahsiakan. Alhamdulillah, aku dapat tahu jugak. aku harap semua yang kau rancang berjalan dengan baik. tapi aku mohon, cukup-cukuplah fitnah. jangan tambah dosa ye :) aku cuma berdoa semoga kau semua bejaya dalam hidup dan dapat apa yang kau mahukan selama ini. Terima Kasih Insan :)


p/s : mula2 mmg aku marah dengan semua nie, tapi bila aku fikirkan balik. tak guna marah. manusia sentiasa buat kesilapankan. 

No comments: