Tuesday, April 5, 2011

waiting.. =.=

Assalamualaikum readers...


i'm still waiting.. waiting for what? waiting for something that make me sick. thinking of it, also can make me sick. JPJ test. hmm.. i'm waiting for that test. baru tadi aq pass pra test. sumpah aku memang menggelabah gila. mana tak nya. aku sampai then dapat num 8. masa dekat litar tu, kena buat bukit. dengan innocent nyer aku ni pergi la buat bukit. bila dah sampai dekat line kuning tu kne la tarik handbrake. yelah, tak pasal-pasal nanti terundur pulak kereta tu. lagipun dah memang peraturannya macam tu. apa aku nak buatkan. lagipon, tak kan la nak tekan break kaki jer. 






after that kena lah buat imbangan selepas dah dalam line kuning tu. aku ni punya la excited. mana taknya, biasanya try kali pertama memang aku tak berada dekat dalam line tu. tapi kali ni masuk. excited punya pasal sampai aku lupa turunkan handbrake. hambek kaw! aku punya la pelik kenapa kereta ni asyik terhenjut-henjut aje. sampai sudah, bila berhenti baru aku perasan handbrake tu tak turun. segan gila. nasib baik la QTI tu tak ada dekat sebelah. kalau tak. memang gagal time tu jugak. pelik pulak bila fikir. macam mne kreta tu boleh bergerak?






alhamdulillah. pass jugak dekat litar tu. then, dia suruh turun bawah untuk on road. kena tunggu turn la kan sebab aku no 8. tunggu punya tunggu, punya tunggu. jantung aku ni pulak, bukan reti nak stay macam biasa. orang tengah gabra, time tu jugak la dia nak degup degup. sampai la turn budak no 6. bila QTI tu panggil2. tak ada siapa menyahut. dah tu terus dia skip no 7. sama jugak. tak ada yn=ang mengaku. sudah nya, no 8 la yang kena. memang terkejut la aku kan. mula2 buat2 cool. bagi salam, then start gerak. jalan B. imbangan dekat jalan B tu alhamdulillah, berjalan lancar. and I pass!! alhamdulillah. syukur ye. JPJ 20hb. memang bercinte la nak tunggu. hurm.   

No comments: