Monday, December 3, 2012

It's been a year!

Assalamualaikum w.b.t

Allahuakbar. Rindunya nak berblogging. Pejam celik, pejam celik dah setahun aku tinggalkan dunia blogging ni. Suatu masa dulu aku seorang blogger yang selalu post apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan aku, yelah sebab tengah cuti SPM kan.*tiputiputipu Bila dah masuk belajar, seminggu sekali pasti akan keluar post baru sehinggalah aku buat blog baru, iaitu blog 'yukioranda' ni. Sebabnya aku buat blog baru? malaslah nak cerita. nanti godek sendiri ok. Aku rasa memang cukup setahun setelah aku tinggalkan blog ini. Sejak akhir 2011, kini sudah menginjak ke tahun 2012 dan tinggal beberapa hari lagi akan melangkah ke tahun baru 2013.



Setahun dah berlalu. Kini aku bukanlah aku yang dulu. Perubahan yang aku ada sekarang ni semuanya berkat pengajaran dari kesilapan aku ketika berada di semester 2. Mengajar aku untuk lebih dewasa dalam segala hal. Mengajar aku bahwa hidup ini bukanlah semudah yang aku sangkakan. Sedangkan ianya sungguh mencabar dan penuh dengan onak duri yang boleh mencakar diri pada bila-bila masa sahaja. 

Alhamdulillah, Allah s.w.t memberi peluang untuk aku mengenal siapa sebenarnya lawan, dan siapa sebenarnya yang bergelar kawan. Memilih dalam berkawan? Ya, kini aku lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Tetapi itu bukanlah bermaksud aku akan menghindari semua orang. InsyaAllah tidak. Aku akan berkawan dengan sesiapa pun. Untuk rapat, mungkin ianya akan mengambil masa. Bukan kehendak diri, tetapi mungkin kerana fobia. Fobia mudah mempercayai orang dan mudah percaya dengan kata-kata orang.Maaf, kekhilafan lalu membuatkan aku begini. 

Dah banyak sangat menulis ni, Al Maklum lah. Dah lama tak menuliskan. :) InsyaAllah selepas ini aku akan lebih banyak menulis disini untuk mengurangkan segala keresahan dihati. At least, kurang sikit. Mungkin kerana tiada siapa yang membaca membuatan aku lebih selesa mencoret di sini. 


:) #PrayForGaza

2 comments:

nazzieyha said...

assalamualaikum ain,
Semoga kau dilindungi Allah.
Semoga kau dijauhkan dari perkara yang membuatkan kau sedih.

Ain...aku sayang kau sangat2 taw!
Dunia akhirat ;')

aennurfyqa said...

waalaikumsalam syg.
InsyaAllah Amin syg. dan kau juga, aku sentiasa mendoakan kau syg. :)